Home » Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam by Nurazmallail Marni
Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam Nurazmallail Marni

Pendidikan Saintis Muslim Era Kegemilangan Tamadun Islam

Nurazmallail Marni

Published
ISBN :
Paperback
111 pages
Enter the sum

 About the Book 

Era kegemilangan tamadun Islam menyaksikan masyarakat Islam mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk sains. Kejayaan dan pencapaian para saintis Muslim dalam era tersebut adalah ditunjangi oleh proses pendidikan yang mantap dan bersepaduMoreEra kegemilangan tamadun Islam menyaksikan masyarakat Islam mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang termasuk sains. Kejayaan dan pencapaian para saintis Muslim dalam era tersebut adalah ditunjangi oleh proses pendidikan yang mantap dan bersepadu yang dilalui oleh mereka. Penelitian terhadap latar belakang pendidikan saintis Muslim era kegemilangan tamadun Islam adalah penting untuk mendapatkan penjelasan tentang kurikulum pendidikan yang dilalui. Biografi tokoh-tokoh saintis Muslim adalah sumber utama yang dapat menjelaskan tentang proses pendidikan mereka dari sudut bidang ilmu yang dipelajari dan institusi pengajian tempat mereka mendapat pelajaran dan latihan. Ringkasnya, kajian biografi para saintis Muslim merupakan kunci utama untuk mengetahui maklumat pendidikan mereka.Karya ini menampilkan sejarah dan latar belakang pendidikan beberapa orang saintis Islam yang muncul pada era kegemilangan tamadun Islam, antaranya al-Razi, Ibn Sina, al-Biruni dan Ibn Rushd. Fokus penulisan buku ini tertumpu kepada aspek pendidikan para saintis Muslim dan peringkat pendidikan yang dilalui oleh mereka. Kajian mengenai peringkat pendidikan yang meliputi peringkat asas, menengah, dan tinggi (termasuk universiti dan lanjutan) dibuat secara lebih khusus dengan melihat kepada kurikulum pendidikan dan bentuk pengajian di setiap peringkat.Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar, guru dan pensyarah, serta pembaca umum yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang proses pendidikan yang dilalui oleh para saintis Muslim pada era kegemilangan tamadun Islam.